Imbau semula detik terbaik anda tahun ini dengan aplikasi Best Nine

Grid Best Nine Instagram 2026 bagi 9 post dengan like terbanyak dalam aplikasi Best Nine

Post yang paling menyerlah

Jangan biarkan detik terbaik anda tahun ini pudar begitu sahaja. Aplikasi Best Nine sedia mengingatkannya kepada anda dalam satu kolaj. Caranya mudah – masukkan nama pengguna Instagram anda dan tunggu keajaibannya. Dalam sekelip mata, anda akan mendapat grid best nine daripada post Instagram anda. Sama ada foto, video atau Reels.

Kolaj Best Nine dengan statistik like dan warna pilihan anda

Lengkapkan post anda dengan
statistik dan ubah suainya

Kami yakin post anda sudah cantik dengan sendirinya, tetapi anda boleh menyerlahkannya lagi dengan pilihan ubah suai. Tukar warna latar grid 3x3 anda, laraskan bingkai mengikut citarasa dan jadikan post anda lebih menonjol dengan memaparkan jumlah like yang anda raih.

Kolaj Best Nine yang dikongsi ke Instagram Story

Tunjukkan Best Nine anda
kepada semua

Apa gunanya menghasilkan kolaj yang cantik jika tiada siapa melihatnya? Ia memang dibuat untuk dikongsi di media sosial. Eksport terus daripada aplikasi ke Instagram atau mana-mana media sosial lain yang anda mahu. Berkongsi kolaj Best Nine semudah menghasilkannya.

Ciri Best Nine yang pasti anda suka

Pemilih tahun

Hasilkan kolaj daripada tahun ini, tahun lalu atau mana-mana tahun yang anda mahu.

Sokongan video

Kolaj best nine anda tidak semestinya foto sahaja. Video dan Reels juga disokong.

Profil IG tanpa had

Hasilkan imbasan tahunan untuk seberapa banyak profil Instagram yang anda mahu. Siapa yang suka dihadkan!

Pengira statistik

Beritahu semua orang jumlah like yang diraih post anda, sama ada bagi setiap post atau secara keseluruhan.

Edit post

Tukar warna latar, laraskan bingkai dan susun semula post mengikut citarasa anda.

Pengesahan tanpa kata laluan

Kami tidak akan meminta kata laluan Instagram anda, hasilkan kolaj dengan nama pengguna sahaja.

Penilaian & ulasan App Store

Berfungsi dengan sempurna
Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian

Aplikasi hebat untuk buat kolaj best nine. Kumpul post IG terbaik saya cepat dan hasilnya tepat.

Yang terbaik setahun di satu tempat
Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian

Saya kagum sebab aplikasi ni tunjuk juga Reels yang paling banyak like! Tak pernah nampak dalam aplikasi lain.

BEST NINE aplikasi yang BOLEH DIPERCAYAI
Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian

Kalau anda cari penjana top nine post Insta yang boleh dipercayai - anda dah jumpa! Aplikasi ni sudah tentu paling selamat sebab tak pernah minta kata laluan.

Ciri yang mengagumkan
Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian

Banyak pilihan ciri edit untuk buat kolaj best nine seperti yang saya mahu. Statistik dan jumlah like sama dengan angka sebenar. Semuanya lancar, terima kasih!

Sangat disyorkan!!
Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian Bintang penilaian

Mengimbau detik terbaik setiap kali tahun hampir berakhir memang tradisi kegemaran saya. Kita semua patut buat! Baru kita sedar betapa indahnya perjalanan setahun ini, walaupun tak selalu mudah. Cubalah!

Cara buat Best Nine Instagram 2026

  1. Muat turun aplikasi Best Nine

    Dapatkan Best Nine pada iPhone anda daripada App Store.

  2. Masukkan nama pengguna Instagram anda

    Tidak perlu kata laluan. Pilih 2026 atau mana-mana tahun sebelumnya, dan Best Nine akan mencari 9 foto, video dan Reels anda dengan like terbanyak.

  3. Ubah suai dan kongsi

    Tukar warna dan bingkai, tambah statistik like jika mahu, dan kongsi kolaj Best Nine anda di Instagram atau mana-mana media sosial lain.

Soalan Lazim

Soalan: Apakah Best Nine di Instagram?
Jawapan: Sejak beberapa tahun lalu, Best Nine menjadi sangat popular di Instagram. Best Nine ialah post kolaj sembilan petak yang memaparkan post Instagram anda yang paling banyak like sepanjang tahun lalu. Aplikasi Best Nine akan mengumpul foto, video dan Reels terbaik anda bagi 2026 (atau mana-mana tahun sebelumnya) dengan selamat dan merumuskannya dalam kolaj cantik sebagai kenangan. Anda boleh mengubah suai kolaj dengan menambah statistik seperti like bagi setiap post atau jumlah keseluruhan like, menukar warna bingkai dan latar, menukar warna teks, malah menukar lakaran kecil video kepada pratonton video animasi!
Soalan: Bagaimana cara buat best nine Instagram saya?
Jawapan: Biar aplikasi Best Nine yang uruskan - ia akan membuat kolaj Best Nine untuk seberapa banyak profil Instagram yang anda mahu! Anda hanya perlu memasukkan nama pengguna Instagram dan memilih tahun untuk mengumpul post terbaik. Best Nine tidak memerlukan log masuk! Aplikasi akan mencari foto, video dan Reels yang paling banyak like dalam masa singkat berdasarkan jumlah like yang diraih. Kemudian, anda boleh membuka kolaj Best Nine dengan satu ketikan pada susun atur templat dan mengubah suainya mengikut citarasa anda.
Soalan: Bagaimana cara mencari post Instagram yang paling banyak like?
Jawapan: Aplikasi Best Nine ialah alat yang sempurna untuk mencari post Instagram terbaik anda sepanjang tahun. Muat turun aplikasi, masukkan nama pengguna Instagram anda dan biarkan aplikasi meneliti profil anda. Best Nine menyemak suapan utama anda dan memilih foto, video dan Reels yang paling banyak like. Yang terbaik antara yang terbaik, dijamin!
Soalan: Bagaimana cara buat recap 2026 di Instagram?
Jawapan: Gunakan aplikasi Best Nine dan rumuskan 2026 dalam satu post kolaj! Aplikasi akan menghasilkan kolaj Best Nine daripada foto, video dan Reels yang paling banyak like. Tunjukkan kepada pengikut anda post Instagram terbaik tahun lalu dan betapa popularnya ia. Paparkan juga jumlah like dengan bangga!
Soalan: Post Instagram yang mana dikumpul oleh Best Nine?
Jawapan: Aplikasi mengumpul foto, video dan Reels yang paling banyak like daripada suapan utama anda berdasarkan jumlah like yang diraih. Video dan Reels yang hanya disiarkan dalam tab Reels atau Video tidak termasuk.
Soalan: Kolaj Best Nine terdiri daripada apa, dan apa yang boleh diedit?
Jawapan: Kolaj Best Nine terdiri daripada sembilan petak yang memuatkan post terbaik anda. Secara lalai, setiap petak mengandungi foto yang paling banyak like atau lakaran kecil video atau Reels. Anda boleh menukar lakaran kecil kepada pratonton video animasi selama 15 saat. Anda juga boleh bermain dengan bingkai - membuangnya atau terus memaparkannya, menukar teks serta warna dan fonnya, menambah tagline dan memasukkan pelbagai statistik.
Soalan: Statistik Instagram apakah yang boleh dimasukkan dalam kolaj Best Nine saya?
Jawapan: Isi kolaj bergantung sepenuhnya pada keputusan anda, jadi padankan pilihan berikut mengikut citarasa anda. Anda boleh memasukkan jumlah like bagi setiap post yang dikira dengan tepat dan statistik sepanjang tahun, iaitu jumlah keseluruhan like bagi post suapan utama anda pada tahun yang dipilih.
Soalan: Berapa lama masa untuk mendapatkan kolaj Best Nine tahunan saya?
Jawapan: Sangat pantas dan mudah! Anda hanya perlu memasukkan nama pengguna profil Instagram, memilih tahun dan menunggu sebentar, bergantung pada jumlah kandungan di Instagram anda. Bar kemajuan membantu anda memantau proses pengumpulan post yang paling banyak like. Jika anda membenarkan aplikasi berbuat demikian, anda akan menerima pemberitahuan tolak sebaik sahaja kolaj siap, dan bar kemajuan akan memaparkan 100%.

Dapatkan aplikasi Best Nine sekarang!

Hanya beberapa ketikan lagi untuk menghasilkan grid post Instagram terbaik anda. Mulakan sekarang.